Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

cerita & pengajaran

alkisah..adelah sorang member ni
dia teringin nak makan mee goreng
sbbkan teringin, dia g la ngoder kat kantin
tapi member ni, tekak dia sedikit lain macam
dia nak mee goreng yg kering..tp sedikit basah..jgn tanya aku camne..aku sdr x tau (thank god, bkn le dia order kat aku..muhahaha)
so dia g la kantin..& pesan kat pakcik, suami pada makcik kantin tu

"pakcik..saya nak mee goreng yg kering, tapi sedikit basah ek, jap lagi saya ambik" -kot gi2 katanya, idok le aku cek btl ke idok ayatnyer tu, kok x btl..maafkan beta yer tuan hamba..hikhikhik

minah pon balik ke opis smbl terpisit2 menelan air liur..x sabor gamaknyer nak menikmati mee goreng kering tapi sedikit basah itu

cukup time..

member pon pegi kantin..idok sabar nak makan mee goreng kering sedikit basah itu
mangsa pakcik (muke kene blur..kang dia saman aku)

pakcik dah bungkus cantik..member bayor, trus balik opis

sampai opis..alangkah kiciwanya member..
mee goreng kering yg diharap..mee goreng banjir yg pakcik bagi..huhuhu..iskhh..aku pon sama rs cam nak melelh air mata dgr dia citer (meleleh air mata sbb x tahan nak golak:) )
kempunan la minah..kalo time tu tengah sarat mengadung, mmg ade harapan anaknyer dilahirkan dlm keadaan empang pecah..kempunan mee goreng kering sedikit basah gamaknya

iskhh..iskhh..iskh

pengajaran kat sini..

pakcik dah tua nak..sume dah kurang...mata dah kurang, tinge dah kurang, lidah ni nak merasa pon dah kurang..jangankan gi2..otak pakcik ni pon tumpul dah..lama x jumpe pengasah..kok la ko kesian pakcik ni, jgn la ko mintak menu2 pelik gi2..x mampu pakcik nak buat..mana la pakcik tau menu mee goreng kering sedikit basah tu..berthn pakcik idup..x pnh pakcik dongar menu gi2..kok ko nak pakcik siram skit air masak kat atas mee grg kering ko 2? (tu le yg pakcik buat pon, tp almaklum, tgn pakcik dah berura2 parkinson skit..tercurah bnyk lak air masak tu..2 yg banjir mee ko..maafkan pakcik nak..pakcik dah tuo...


gini la kot rupe pakcik tuo itu..rp sebenar tdk dapat dipastikan..monung pakcik memikirkan camno ghupo me goreng kesring sedikit basah..pakcik dah tuo nakk..



pengajaran dr aku...alo minah..kok nak kering, kering je la..ade pulak skit basah, nsb ko x order kat aku..kalo x, mee kuning mentah aku bg ko..g buat sdr..muhahahaha



update: hari ni 25/5, dia mintak mee goreng gaul telur pulak!


muhahahahahah..ahh sudah2 la kak suuu..sakit prut aku gini


buat2 la korang x kenal sape itu sue ginola yer :)

Friday, May 22, 2009

Thursday, February 12, 2009

lagu sudah ditukar

korang leh dgr lagu kat sebelah tu? sape tgk citer naruto tau laa lagu ape tu..lagu tu utk opening (atau ending, aku x sure sgt..atau pon dua2..lama dah x tgk naruto)
aku ketegori suke tgk naruto gak..cm bukan le peminat ketagih dia..aku cm ketagih tgk kakashi sensei je..hikhikhik
tgh gile download naruto shippunden itu..mslhnyer naruto time kecik pon aku x hbs2 tgk lagi..terenjat sekejap bila cd episode seterusnyer ilang..skit tul jiwa

lagu tu kumpulian missile ape tah nyanyi...aku bnyk download lagu2 dr citer naruto ni..lagu dia best2 ooo..meaningful pon

benornyer aku cm nak tulis lirik lagu 2 yg telah ditranslate ke bahasa inggeris je...aku kan suke tgk lirik lagu..kene jiwa aku ke tak..so aku assume ade gak org cam aku..kang letak lirik tp satu hapah x paham..ngak syok namanyer..

ok aku paste kat sini...cek2 lirik dia..mana tau kene ngan jiwa korang..


Maybe, it was a constant self-control.
Maybe, you were crying inside.
Yoau can't give away the dream
you chose yourself?

More than the number of times I suffered,
more than the number of times I doubt,
I want the number of times I laugh
and trust others,
and I pray that it'll happen in my life.

Even though I was always a side character,
even though I'm a shadow,
Let me be in the center when I dream.
Let me be honest.

Frequently, somehow I didn't give up.
Frequently,I always stand up, right?
Frequently, we always trust each other
Frequently, I dreamed.
Frequently...

Frequently, I had seen the stupid things
Frequently,
I was standing in someone's shadow
Now, I'm a main character.
Let me be selfish.

I have been escaping from a lot of things
I terminate those decision
But for that dream, but for that dream
but for that dream...

I'm sick of a side character.
While I'm dreaming,
let me be in the center when I dream.
Let me be honest.
Let me become not a side character
but a main character.

Frequently, somehow I didn't give up.
Frequently,I always stand up, right?
Frequently, we always trust each other
Frequently, I dreamed.
Frequently...

To break off the seal, I bent a lot
To trust someone, I doubted a lot.
To protect someone, I had hurt a lot.
Frequently...

Frequently, I had seen the stupid things
Frequently, I was standing in someone's shadow
Now, I'm a main character.
Let me be selfish.

Transliterated by Pazuzu <lantis@gmail.com>

Translated by busbuddy

Tuesday, November 25, 2008

bagaimana menyayangi seseorang




Bagaimana Menyayangi Seseorang..
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.


2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.


3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.


5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.


6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.


7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.


9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.


10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan
apa jua keadaan sekalipun.

Friday, November 7, 2008

ibu mu



p/s- aku dpt msg ni dr ym aku td..tq la pd sape yg antonyer..aku xde mood nak memblog lagi..





disaat ibumu tidur, cuba kamu lihat matanya & bayangkan matanya tidak akan terbuka untuk selamanya...tangannya takkan dapat manghapuskan air matmu lagi & tiada lagi nasihat darinya yg sering diabaikan.. bayangkan ibumu sudah tiada..adalah kamu sudah cukup membahagiakannya, apakah kamu pernah berfikir betapa besar pengorbanannya semenjak kamu berada didalam perutnya...

Thursday, November 6, 2008

roses

p/s- citer ni aku dapat dr e-mail..n aku tepek ke 360 aku..sbb 360 aku dah bersawang..n may b kalo x aktif..dia akn dilupuskan..sebarang citer or bende2 yg menarik yg pnah aku pos kesana akan aku tkr jejaknyer ke sini.. bior la 360 2 terkubur ngan citer2 lama di dlmnyer...aku dah x nak ambik pot & aku xkan cb nak ingat ape sbnrnya yg tertls kat dlm 2...awk cuma sejarah kat saya..& sejarah kadangkala patut diluputkan supaya sy bole truskan hdp sy hari ni

aku harap cintaku dirahmati Allah..amin


HOPE YOU WILL FIND THE FOLLOWING STORY VERY MEANINGFUL AND TOUCHING!!!

ROSES

Red roses were her favorites, her name was also Rose.And every year her husband sent them, tied with pretty bows. The year he died, the roses were delivered to her door.The card said, "Be my Valentine", like all the years before.Each year he sent her roses, and the note would always say, I love you even more this year, than last year on this day. My love for you will always grow, with every passing year."

She knew this was the last time that the roses would appear. She thought, he ordered roses in advance before this day. Her loving husband did not know, that he would pass away. He always liked to do things early, way before the time. Then, if he got too busy, everything would work out fine. She trimmed the stems, and placed them in a very special vase. Then, sat the vase beside the portrait of his smiling face. She would sit for hours, in her husband's favorite chair. While staring at his picture, and the roses sitting there.

A year went by, and it was hard to live without her mate. With loneliness and solitude, that had become her fate.Then, the very hour, as on Valentines before, The doorbell rang, and there were roses, sitting by her door. She brought the roses in, and then just looked at them in shock. Then, went to get the telephone, to call the florist shop.The owner answered, and she asked him, if he would explain, "Why would someone do this to her, causing her such pain?"

"I know your husband passed away, more than a year ago," The owner said, "I knew you'd call, and you would want to know. The flowers you received today, were paid for in advance. Your husband always planned ahead, he left nothing to chance. There is a standing order, that I have on file down here, And he has paid, well in advance, you'll get them every year. There also is another thing, that I think you should know, He wrote a special little card...he did this years ago. Then, should ever I find out that he's no longer here, That's the card...that should be sent, to you the following year."

She thanked him and hung up the phone, her tears now flowing hard.Her fingers shaking, as she slowly reached to get the card. Inside the card, she saw that he had written her a note.Then, as she stared in total silence, this is what he wrote...

Hello my love, I know it's been a year since I've been gone, I hope it hasn't been too hard for you to overcome. I know it must be lonely, and the pain is very real. Or if it was the other way, I know how I would feel. The love we shared made everything so beautiful in life. I loved you more than words can say, you were the perfect wife. you fulfilled my every need. I know it's only been a year, but please try not to grieve. I want you to be happy, even when you shed your tears. That is why the roses will be sent to you for years. When you get these roses, think of all the happiness, That we had together, I have always loved you and I know I always will.

But, my love, you must go on, you have some living still. Please...try to find happiness, while living out your days. I know it is not easy, but I hope you find some ways. The roses will come every year, and they will only stop, When your door's not answered, when the florist stops to knock. He will come five times that day, in case you have gone out. But after his last visit, he will know without a doubt, To take the roses to the place, where I've instructed him. And place the roses where we are, together once again..

Sometimes in life, you find a special friend;Someone who changes your life just by being part of it.Someone who makes you laugh until you can't stop;Someone who makes you believe that there really is good in the world.

- dpt sesuatu yg sgt bermakna pagi td...mood in love..so nsb la sape baca entry aku ari ni kan..lalalalala



Thursday, October 16, 2008

aku diugut

betul beb.. aku x tipu
semalam..aminah hasan bgn tido trus masuk dpr
macam biasa..nmpk muke dia aku pun bagi salam...
gud morning..gud morning..gud morniiiiiggg (kelepet pale sdr)
2 le yg tiap2 pg aku ucap kat dia..biasa dia jwb..smlm dia x jwp
aku pelik gak..pesal minah ni..tp diam je
lps mandi dia msk bilik aku..buat muncung pjg..sah hangin pusing dia dah smp

"ni nape muke masam2 pepg ni?"
"aina x nak kwn ngan makngah!"
"pesal pulak?"
makngah x buat sarapan"

lorrrr..tu je sbb nyer? ape kene mengene aku buat sarapan dgn x pon? bukan tiap2 hr umi dia grg nugget, hotdog, bla..bla.bla.. tuk sarapan dia?

"aina x nak mkn nugget"
"pesal pulak?"
"aina nak makngah buat sarapan"

so skrg aku jd chef utk sarapan dia arrr..pebende budak ni..dulu suke sgt mkn nugget segala mcm 2...tetb tkr hangin lak

so hr ni aku buat sarapan lagi..skrg ni pon aku mmg buat sarapn..cm buat selang sehr je..bajet x ckp..hihihi
aku buat cekodok goreng je..anak2 aku mmg gemor le sesgt ngan kodok2 gini..siat2 kecik2..haa makan x hingat dunia la diaorg..hr ni buat cekodok kosong..sbb cm aku ngan ayu n aina je mkn..slalu kalo kat kg, letak memacam dlm kodok tu..letak sos skit..bkn dia cicah beria pon..tuk kitaorg..aku buat smbl tempoyak..leh akak aku mkn ngan nasi tgh hr nnt..n wajib ade, susu tuk aina
budak yg suke mkn cekodok
setel..cm cokonit je x hbs
bekal aku..cekodok ngan smbl tempoyak..dlm flusk tu teh halia aku..
besok x tau le nak buat ape ni..kalo x buat sian lak..
ooo..adik aku bg satu petua spy cekodok kita sedap n cntk je kembangnye..x kuncup pon bila dah sejuk..
tepung tu..sebelum korang bancuh ngan air sejuk..curah skit ngan air panas..gaulkan bg tepung tu berketul2..baru letak air sejuk
aku dah cb...mmg cntk..sebelum ni aku ltk telur..panas2 cntk le kembung nyer..bila sejuk dia pancit..lembik je

Wednesday, October 15, 2008

racun hidup-kongsi citer



Seorang pemuda berjumpa seorang Tuan Guru yang bijaksana untuk mendapatkan nasihat, "Guru, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya berantakan. Usaha saya tidak berhasil. Apa pun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati."





Tuan Guru tersenyum sambil mengusap-usap jambang putihnyanya,


"Oh, kamu sakit."


"Tidak guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati."





Seolah-olah tidak mendengar alasannya, Tuan Guru berkata,


"Kamu sakit. Dan penyakitmu itu dikenali sebagai alahan hidup.Ya, kamu alergik terhadap kehidupan."





Sang guru memang benar. Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan.Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di suatu tempat, kita tidak mahu ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Keengganan kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya.





Dalam hal berumahtangga, perselisihan-perselisihan kecil itu memang lumrah dan asam garam berkeluarga.Persahabatan pun tidak selalunya kekal abadi. Jadi, apa yang kekal dan abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.





"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal engkau ingin sembuh dan bersedia mengikut petunjukku." demikian kata sang guru.


"Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak ingin hidup."


Pemuda itu menolak tawaran sang guru.


"Jadi engkau tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?"


"Ya, memang saya sudah bosan hidup."


"Baiklah, kalau begitu pagi esok engkau akan mati. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi diminum pukul 6 pagi esok. Engkau akan mati dengan tenangnya pada pukul 8 malam."





Pemuda itu pula menjadi bingung. Setiap guru yang ditemuinya selama ini cuba memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Malah guru ini menawarkan racun. Tetapi, disebabkan pemuda itu benar-benar putus asa dengan kehidupannya, dia menerimanya dengan senang hati.Sebaik sahaja sampai ke rumah, dia segera menghabiskan setengah botol racun yang disebut "ubat" oleh guru itu. Dan, dia mula merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Begitu relaks, begitu santai! Tinggal sehari semalam lagi sebelum dia mati. Bermakna dia akan bebas dari segala macam masalah tidak lama lagi.





Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam di luar bersama keluarganya di sebuah restoran Jepun. Sesuatu yang sudah lama dia tidak lakukan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana mengenangkan ia akan menjadi malam terakhirnya, dia ingin meninggalkan kenangan manis untuk anak isterinya. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya santai dan seisi keluarga terhibur!





Sebelum tidur, dia mencium bibir isterinya dan membisikkan kata-kata romantis di cupingnya, "Sayang, aku mencintaimu. " Kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis!Esoknya bangun tidur, dia membuka jendela kamar dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Lantas dia tergoda untuk berjogging sambil menikmati pagi yang indah .





Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia melihat isterinya masih lena. Mungkin diuliti mimpi indah, fikirnya.Tanpa mengejutkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Disebabkan pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis!





Si isteri pun berasa aneh sekali,


"Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin saya ada berbuat salah. Maafkan saya, bang."


Di pejabat, pemuda itu menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Stafnya pun kehairanan.


"Hari ini, Boss kita macam pelik je, kan?"


Dan sikap mereka pun turut berubah. Mereka menjadi lembut hati dan bekerja bersungguh-sungguh dan mengikut segala arahannya. Kerana siang itu adalah siang terakhir, pemuda itu ingin meninggalkan kenangan manis!





Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih bertimbang rasa serta menghargai pendapat-pendapat yang berbeza, tidak seperti sebelumnya.Tiba-tiba hidup menjadi sungguh indah. Dia mula menghargai dan menikmatinya.Pulang ke rumah pukul lima petang, isteri tercinta siap menunggunya di pintu depan dengan senyuman yang manis sekali. Kali ini isteri yang terlebih dahulu memberikan ciuman kepadanya,


"Abang, sekali lagi saya meminta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang."


Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan,


"Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan disebabkan oleh perangai dan kenakalan kami."





Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia terdetik untuk membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum petang semalam?Pemuda itu kembali menemui gurunya. Melihat wajah pemuda itu, sang Guru dapat mengetahui apa yang telah terjadi.


"Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila masa sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan berasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."





Pemuda itu sungguh gembira dan tersedar akan kesilapannya selama ini dalam mengemudi hidup. Dia lantas mengucapkan terima kasih dan menyalami Sang Guru, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!