Saturday, August 16, 2008

jika masih ada waktu






Jika masih ada waktu itu
untuk dia berjalan
dan belajar terbang
akan kubuat sepasang sayap
yang memantulkan pelangi
dari cahaya-cahaya kehidupan
hingga dia tahu
bahawa dia tak sendiri dalam sunyi...

Oh Tuhan...jika masih ada waktu itu
untuk dia terjaga
ingin kubisikkan
lewat desah nafasnya
bahawa aku amat menyayanginya. ..

Ya Allah
jika ini dugaan yg Kau ciptakan untuknya..
kuatkanlah semangatnya untuk menghadapi dugaan itu
tabahkan hatinya, kukuhkan kesabarannya,
semoga dia mampu menhadapi segala rintangan..

Jika ini dugaan untuknya..
sematkan dihatinya..
bahawa sesuatu sedang menunggunya
diakhir dugaan itu..
sesuatu yg bersinar..sesuatu yg menjanjikan kebahagiaan
atas keperitannya hari ini

aku hanya mampu melihatnya Ya Allah
aku hanya mampu melihat penderitaannya
aku hanya mampu mendoakan yg terbaik untuknya

hingga sampai masa itu
saat dia mampu tersenyum mengenang kesusahan hari ini
masa itu akan sampai sayang..
suatu hari nanti..
kesabaran & usaha hari ini akan dibalas..

sampai tiba waktu itu
aku tetap akan bersama mu...

No comments: