Thursday, April 10, 2014

sahabatku

tuhan..
sahabatku mengadu kelelahan
terasa dunia semakin berat di pundaknya
terlalu berat
hingga serasa nyawa itu seperti daun kering yg bila2 akn ditiup angin

aku cuma mampu mendengar
tapi kehairanan melintas dlm fikiran..
kenapa aduan itu padaku dipedengarkan?
siapa aku?
aku sendiri kelelahan..
hidup ni penuh dugaan
yg kadangkala x mampu aku luahkan

selepas termenung...aku capai satu kepastian
sahabatku itu bukan mahu keputusan
bukan mahu dimenangkan
bukan mahu satu kepastian

sahabatku itu hanya mahu menumpang  bahu
hanya mau suasana bisu..
hanya mau berkongsi rasa
hanya mahu aku tau....
'aku juga hamba sepertimu'

sahabat..
kalau bahu ini mampu mengampumu...
aku izinkan air matamu tumpah menitis dibahuku
jika telinga ini mampu mengendurkan kesakitan mu
aku sudi utk mendengar jeritan hatimu
jika tubuh ini mampu menenangkan batinmu
izinkan aku peluk dirimu
& luahkan la segala kesakitan lewat pelukanku

cuma itu mampu ku beri sahabat
selebihnya..kita ada DIA
DIA mampu menenangkan
DIA mampu menyembuhkan
DIA mampu memberi kepastian

kau ada aku
aku ada kau
& kita ada DIA...
itu sahaja jawapan yg aku ada..

No comments: