lagaknya...insan2 itu menunggu kehadiran pelangi hari ini
& seperti juga pada hari2 matahari juga menyembunyikan diri..
pelangi itu seakan segan
sepertinya belum sampai masa untuk dia memunculkan diri
belum diizikan olehNya menemani insan2 pilihan ini
kerana bagiNya ada jalan2 yg perlu diharungi
sebelum menikmati pelangi sekali lagi
sedari wahai insan kesayangan
bukan pelangi itu pergi darimu
dia masih disana
menunggu kamu melepasi rintangan
kerana manis dikemudian
adalah nikmat yg sukar dilupakan
usaha lagi adik-adikku
ingat padaNya..yakin denganNya
pohon restu dari insan yg melahirkan
moga pelangi itu muncul diakhir perjalanan
No comments:
Post a Comment