Sunday, November 30, 2014

peringatan

terangkat kau menjadi ketua di belantara amazon
tanpa mahumu, tanpa kau pinta
lalu kehidupan baru bermula di sana..
& tiba2 belantaramu ditimpa petaka
angkara sesuatu, rakyatmu jadi huru-hara
pelbagai duka pelbagai lara
& rakyatmu bertanya
"bila ketua kami mahu bersama?"
& ku ingatkan kamu
sejauh manapun bencimu pada belantara
kamu sudah berada didalamnya
kamu yg diangkat menjadi ketua
jalankan tugasmu
gerak tulang-temulangmu
terus membanting tenaga bersama
bukan terus lena, & biarkan kami menanggung akibatnya

Tuesday, November 4, 2014

gara2 lama x jumpe suami

situasi-masa brifing pg..

" ok, paham ye utk promosi paragon ni. buku paragon yg rega rm50 keats @ dia beli buku paragon total rm50 baru dpt bende ni"
" camne nk tau buku paragon kak?"
"kan aku dh tunjuk td! iskh budak ni, yg ade lambang love bite laa!!"
"kak..bukan love bite kak, love food kak!"

kakak malu sendiri

Monday, November 3, 2014

bertahan

izinkan aku teman
menyatakan sesuatu
saat kau biarkan kemarahan menguasai dirimu
bagai kau meletak dirimu di dalam kesesakan jalan raya
kebisingan di segenap penjuru
menekan perasaan, menambah kebencian
& kamu makin hilang dr arus kehidupan
tersekat disitu mencari jln pulang
yg entah bila akan ditemu
tapi kau lupa
tiada sehelai pon daun yang jatuh di lantai bumi tanpa pengetahuan tuhanmu
lepaskan amarahmu
bebaskan jiwamu
tuhanmu ada
dia tahu ape yg terbaik untuk hambaNya
kembali ke alam nyata
kamu cukup kuat utk menahan bebanan kehidupan
hadapinya
bertabahlah
& teman....
yakinlah...mimpimu akan dipeluk tuhan..

Sunday, November 2, 2014

maxis

suami aku buat lawak sengal hr ni
sebab dh pening byr bil tipon yg x pnh susut, dia pegi kaunter maxis, srh budak2 maxis tlg cr solution setelkan mslh dia
so member yg terpilih utk dijdkan mangsa mohd hezrein tlh bg satu solution, tkrkan plan lama kpd plan baru, ala budak dpn kipas yg duk aaaaa smp aku rs kalo dia dpn aku kompom aku tekup mulut dia dgn bantal
setel sume member xnk bgn lg
" aik dik, sy jd pelanggan tetap maxis dr 2006 lg, xkan x dpt kipas free  satu kot"
" asal abg mintak kipas plak?"
"bole la nnt nk aaa dpn kipas mcm bdk dlm iklan tu"
x lawak mohd hezrein..x lawakk