terangkat kau menjadi ketua di belantara amazon
tanpa mahumu, tanpa kau pinta
lalu kehidupan baru bermula di sana..
& tiba2 belantaramu ditimpa petaka
angkara sesuatu, rakyatmu jadi huru-hara
pelbagai duka pelbagai lara
& rakyatmu bertanya
"bila ketua kami mahu bersama?"
& ku ingatkan kamu
sejauh manapun bencimu pada belantara
kamu sudah berada didalamnya
kamu yg diangkat menjadi ketua
jalankan tugasmu
gerak tulang-temulangmu
terus membanting tenaga bersama
bukan terus lena, & biarkan kami menanggung akibatnya
No comments:
Post a Comment