Aku nk buat tazkirah pg jumaat, sedia ye
Aku nk bgtau, apa jd kat aku sekarang adalah kifarah dari perbuatan aku dulu
Aku pernah bercinta dengan suami orang, x lama, mungkin 2 3 bulan (selepas dia jadi suami org) gitu, cumanya aku bercinta dengan dia sebelum dia ada sape2,single mingle, & kami pernah bercadang untuk teruskan hubungan kami ke level seterusnya sebelum six sense mak dia dapat detect ank dia bercinta dengan orang neg 9 & secara tetiba dia arahkan anak dia balik kampung & tau2,dh kene tunang (mak dia trauma dengan org n9)
Bila dapat tau, tuhan je tahu ape yg aku rasa, macam mana kita berharap pd seseorg yg kita harapkan untuk jadi suami kita, tapi x sampai beberapa hari, terus dapat tau dia jadi tunang org. Sebelum balik kg, kami dh bincang yg dia akn bgtau mak dia pasal hubungan kami, happy masa tu, x sbr nak tgg lampu ijau dari bakal mak mertua ( kononnyer) tapi last2 hampa..
Kami teruskan hubungan, walaupun tau tarikh nikah dia makin dekat, aku masih x matang waktu tu, & kami masih berharap semuanya berpihak pada kami (pada aku tentunya,hati dia aku x tau)
Mlm sebelum dia blk kg utk bernikah, dia call, n kamu tau kawan, bila dua manusia masih ada perasaan syg, dunia adalah di belakang kami, apa yg berlaku seterusnya kami x mau tau.
Balik dr kenduri nikah, mereka ddk jauh, sorang di langkawi, sorang kat KL, maka setan main jarum ( aku guna makhluk ketiga kat situ, hahaha) dia selalu call, & aku yg masih rs syg, tp cb utk anggap dia sebagai kawan terus melayan, n cinta tu x mampu dihalang
Yup, aku mengaku, aku pernah setuju untuk jadi istri kedua, cinta tu btl2 merasuk aku, buat aku lupa, aku jd perosak rmh tangga org. Masa tu aku pikir, istri dia yg rampas dia dari aku, aku dulu yg kenal dia, aku dulu yg dia lafaz cinta, yg dia angankan utk jadikan istri, maka aku abaikan hak wanita itu sebagai istri yg sah, kejam sangat aku waktu tu..
Kau tau kawan..gilanya aku dengan dunia ciptaan kami, sampai aku lupa, x ada satu pon yang berlaku dalam dunia ni tanpa pengetahuan tuhan..aku lupa yang tu sampai la kini bila sedikit demi sedikit aku disentak dengan perbuatan aku menyakitkan hati wanita lain..
Aku kacau rumah tangga orang yang asalnya pernah beri harapan kat aku, lepas dia kawin, masih lagi berhubung, masih lagi berharap, tapi aku sedar x lama lepas tu. & dia pun mula sedar tanggung jawap dia sebagai suami & kami bawa haluan masing2, sesekali masih berhubung sampai la dia dapat ank perempuan & kami terus lost contact
Tapi untuk 2-3 bulan ( selepas dia berkahwin) tu, Allah bagi aku 2 tahun untuk rasa sakit bila ada wanita lain dalam hubungan rumah tangga kami. 2 tahun ok, & aku tak tau sama ada dah berakhir atau belum..mungkin itu yang istri dia pernah rasa ( walaupun masa tu aku yakin istri dia x tau pon pasal aku, tapi bila jadi istri ni, aku percaya pada instinct seorang istri)
Tu kifarah untuk aku kawan..kifarah untuk 2 tahun kamu? Aku x mau tau..
Insan2 yang terbabit dalam hal ni, aku tau..mereka baca blog aku.
Untuk suami orang yang aku kacau hidupnya dulu, sampaikan salam saya pada mem.. mohon mem maafkan saya untuk semua kelakuan saya yang menyinggung hatinya..saya x matang masa tu.. maafkan saya
Untuk awak..akk berusaha untuk maafkan..cuma akk manusia biasa, khilafnya banyak..
Aku cuba pertahankan rumah tangga aku..aku cuba jadi istri terbaik..tapi kalau Allah tetapkan jodoh kami hanya sampai sini..sekurang2 nya aku dah usaha untuk jadi terbaik untuk dia. Aku dah usaha untuk jadi terbaik untuk suami aku..so benchmark yg aku tinggalkan (nauzubillah) tinggi wehh.. sape yg mgkn ganti tempat aku pepandaila pecahkan...pasal tu hezrein susah nak tinggalkan aku..hahaha ( jgn Riak wehhh)
Aku syg rumahtangga kami..aku tulis bukan sebab meluahkan kepincangan yg ada didalamnya, aku mengarang untuk kamu tau, hari ini kalau kamu sakitkan hati insan lain, ketahuila, satu hari bahagian kamu akan menyusul..