Tuesday, August 9, 2016

Dugaan

Hakikatnya hidup ni penuh dengan dugaan
Takkan ada satu hari pun yg akan sama
Matahari takkan sentiasa cerah
Hujan pasti berhenti
Mendung akan berarak pergi

Maka kawan
Sakit itu x perlu lama menghuni hati
Tak perlu lama untuk ditangisi
Menangis hari ini
Esok kau mampu senyum kembali
Kau mampu kawan
Jika kau biarkan sakit itu berlalu pergi

Hakikatnya kawan
Setiap mnusia diduga tuhan
Setiap hati pernah tersiat pedih

Hari ini cinta mu tak bersambut
Hari ini, ada insan kehilangan kesayangan yg dipanggil tuhan
Hari ini ada pasangan diduga badai
Hari ini ada insan diamuk dengan tekanan
Hari ini ada insan yg mahu nyawanya di ambil tuhan

Kau rasa kawan, kau hamba yg tuhan x sayang?
Fikirkan kembali..moga kau sedar sebenarnya kau manusia pilihan

No comments: