Nafsu menundukkan akal ku
Sekali lagi
Wahai hati
Mengapa begitu tulus kau ikuti bisikan tadi
Wahai akal
Dimana fungsimu pergi
Wahai diri
Kenapa mudah akurnya kau pada sesuatu yang keji
& lewat sedar
Mengadu lagi
Berteka teki lagi
mahu kah dosaku di ampuni lagi
Mampukah ku cuci segala daki dari tubuh ini
Berdolak dalih, apakah dosa itu akan terjadi sekali lagi
& syaitan bersorak kemenangan
Bisikannya begitu mudah menerusi badan
Menampal tembok disekitar akal
Meresap jauh ke dalam hati
Mengawal kemudi seluruh tubuh
& anak Adam hilang akalnya
Hilang hatinya
Hilang tubuhnya
Kerna satu bisikan yg telah dijanjikan
Tugas yang takkan lelah dijalankan
Hingga nyawa meninggal badan
hingga tiupan meluas alam
& Allah sahaja tempat kami berlindung
No comments:
Post a Comment