Tuesday, August 9, 2016

Dugaan

Hakikatnya hidup ni penuh dengan dugaan
Takkan ada satu hari pun yg akan sama
Matahari takkan sentiasa cerah
Hujan pasti berhenti
Mendung akan berarak pergi

Maka kawan
Sakit itu x perlu lama menghuni hati
Tak perlu lama untuk ditangisi
Menangis hari ini
Esok kau mampu senyum kembali
Kau mampu kawan
Jika kau biarkan sakit itu berlalu pergi

Hakikatnya kawan
Setiap mnusia diduga tuhan
Setiap hati pernah tersiat pedih

Hari ini cinta mu tak bersambut
Hari ini, ada insan kehilangan kesayangan yg dipanggil tuhan
Hari ini ada pasangan diduga badai
Hari ini ada insan diamuk dengan tekanan
Hari ini ada insan yg mahu nyawanya di ambil tuhan

Kau rasa kawan, kau hamba yg tuhan x sayang?
Fikirkan kembali..moga kau sedar sebenarnya kau manusia pilihan

Tuesday, August 2, 2016

Jaja & din

aduhai hati,
tidakkah kau faham maksudnya sabar menanti
wahai jiwa yg walang
bila mahunya kamu mau menerima hakikat tentang takdir tuhan
sedihnya hidup bukan hanya kau yang rasa
rahsianya takdir,itu bukan milik kita
segalanya Dia yang punya
& ajaibnya,segalanya terserta hikmah
yg lambat untuk kau mengerti
yg akhirnya buat kau tersenyum kembali
mahukah kau ketahui, disana ada insan yg begitu hebat diuji & dia masih mampu senyum berlari?
sayang ALlah penuh dengan ujian
apa lagi yang x mahu kau mengerti?

P/s-aku baca novel jaja & din tu, n tetb rs nk mencoret, maka terhasil la yg kat ats tu.psl tu tajuk kat ats jd jaja & din, bukan sbb aku dh tukar nm samaran plak.

Monday, August 1, 2016

Random lg

1-untuk kawan2 yg bertanya ape citer nyer ni, xde ape2 la, aku & hezrein ok.masih suami istri (insyallah sampai kami berkumpul ank beranak kat akhirat nnt), masih lagi bahagia, & msh lagi penuh dengan lawak2 bodoh kami

2- aku ok ke tak- alhamdulillah..kilo aku makin naik x lagi nampak turunnya..haha. untuk org yg otak kecik cam aku, space x banyak nak simpan.hati aku pon gitu gak, so untuk meraung bersedih setiap hari, tu jarang berlaku.

3- alhamdulillah, disebabkan space kecik ni, aku xde rasa nak berdendam..tambah2 duk ngan hezrein, bela dia sorang je cam bela ank 5, bukak je mata dh kene pkr masak ape, kene kumpul segala barang dia, cek beteri hp penuh x,kamera ok x, stokin dia campak mana, tengah hari masak ape, petang makan ape, tengah malam teringin ape, bla bla bla sampai la aku tido balik, so nak lyn perasaan mrh,sedih, bla bla adalah amat terhad. So sape yg psn ngan aku jgn berdendam tu..dak ehhh, aku ni baik orgnya, haha

4- baru2 ni kene ceramah ngan laki aku, dia ni menurun bakat mak ilah, tazkirah tip top, tp termakan gak hasutan syaitonn..hahaha..so aku sedar diri balik, aku fhm kenapa Allah jlnkan hdp aku gini, knp aku x selalu dapat ape yg aku nk & knp aku kawin ngan mohd hezrein.hahaha

5-msg2 ngan shbt lama.. knp org suke bercerita hebatnya hidup masing2, adakah nk bersaing2 @ menutup kekurangan sendiri? Kami pkr positif, dh hdp dia hebat, xkan dia nk bg citer sdh plak kan..tp kwn,aku rs kalo kita bersahabat, maknanya kt berkongsi rs,  berkongsi lelah.. grup wasup tu jd bosan bila kita duk bercerita bende general, mcm ko msg2 ngan jiran sblh rumah, hr ni msk ape, ank dh brp? Raya baju warna apa, sggh mak2 geng wasup itu..haha

6- biasa dgr ayat "x kene kat ko, cuba ko kene baru ko tau" @ pon yg sewaktu dgnnya.. ayat pemati kata ni, dgn kt lain org yg meluncurkan ayt ni x memerlukan nasihat, ejekan @ sindiran. Dia cm nk org sokong dia.btl @ slh blkg kira, asal ko sokong aku.bole join geng penyokong najib ni. Bila ko bercerita dgn manusia, ko kene bgtau respon camne ko nak (kalo ko kisahla ape respon yg tkang dgr akn kuarkan) kalo ko citer kat kambing, itu lain citer la.

7-Allah duga kita mmg x hbs, tu tanda kita ni manusia berakal.. org sakitkan hati kita tu dtg & pergi, sm gak cam kita ni,kekadang x sedar dh skitkan hati org,  memaafkan tu buat hati jd tenang, buat kita jd kuat. Nk mengadu lebih2, allah ada, meraung la sekuat hati.kita manusia sentiasa buat slh.kalo itu caranya untuk hapus dosa seberat gunung tu.. trime je la, kurang2 ringan sikit tanggungngan kat akhirat nnt.

8-ada org cakap ngan aku, aku ni hepi je mcm x ilang anak. Well, aku nangis bkn nak tunjuk kat org, perlu ke aku tunjuk sedih kat orang? Untuk tagih simpati? X perlu la kot. Aku masih lagi sedih, tambah2 bila aku mengaji, teringat kat adam, kekadang hezrein pon x paham,elok2 ngaji sekali hidung sedut hingus, hahaha..xper, aku ada allah, aku ngadu kat dia..& aku ada insan2 yg berkali2 jadi tempat luahan hati, & selebihnya aku dikelilingi oleh orang2 yang sayang kat aku, so apa kurangnya?

9-lagi seminggu nak start koje, selepas 4 tahun kawin, baru sebulan ni aku betul2 rasa jadi istri. Tahun pertama duduk dengan adik ipar, so privacy xde, tambah la pulak masa tu masing2 keje jauh, tengah malam baru sampai rumah. La ni, aku 24 jam kat rumah, hezrein pulak koje sekakang gajah dari rumah, memang banyak masa kami bersama. Lepas ni balik pada rutin asal.insyallah x lama kot..dah sampai masa kami hidup bersama, dah sampai masa aku jaga keperluan suami, jangan bagi orang lain ambik kesempatan ganti tempat aku..insyaallah

Friday, July 22, 2016

Kifarah

Aku nk buat tazkirah pg jumaat, sedia ye

Aku nk bgtau, apa jd kat aku sekarang adalah kifarah dari perbuatan aku dulu

Aku pernah bercinta dengan suami orang, x lama, mungkin 2 3 bulan (selepas dia jadi suami org) gitu, cumanya aku bercinta dengan dia sebelum dia ada sape2,single mingle, & kami pernah bercadang untuk teruskan hubungan kami ke level seterusnya sebelum six sense mak dia dapat detect ank dia bercinta dengan orang neg 9 & secara tetiba dia arahkan anak dia balik kampung & tau2,dh kene tunang (mak dia trauma dengan org n9)

Bila dapat tau, tuhan je tahu ape yg aku rasa, macam mana kita berharap pd seseorg yg kita harapkan untuk jadi suami kita, tapi x sampai beberapa hari, terus dapat tau dia jadi tunang org. Sebelum balik kg, kami dh bincang yg dia akn bgtau mak dia pasal hubungan kami, happy masa tu, x sbr nak tgg lampu ijau dari bakal mak mertua ( kononnyer) tapi last2 hampa..

Kami teruskan hubungan, walaupun tau tarikh nikah dia makin dekat, aku masih x matang waktu tu, & kami masih berharap semuanya berpihak pada kami (pada aku tentunya,hati dia aku x tau)

Mlm sebelum dia blk kg utk bernikah,  dia call, n kamu tau kawan, bila dua manusia masih ada perasaan syg, dunia adalah di belakang kami, apa yg berlaku seterusnya kami x mau tau.

Balik dr kenduri nikah, mereka ddk jauh, sorang di langkawi, sorang kat KL, maka setan main jarum ( aku guna makhluk ketiga kat situ, hahaha) dia selalu call, & aku yg masih rs syg, tp cb utk anggap dia sebagai kawan terus melayan, n cinta tu x mampu dihalang

Yup, aku mengaku, aku pernah setuju untuk jadi istri kedua, cinta tu btl2 merasuk aku, buat aku lupa, aku jd perosak rmh tangga org. Masa tu aku pikir, istri dia yg rampas dia dari aku, aku dulu yg kenal dia, aku dulu yg dia lafaz cinta, yg dia angankan utk jadikan istri, maka aku abaikan hak wanita itu sebagai istri yg sah, kejam sangat aku waktu tu..

Kau tau kawan..gilanya aku dengan dunia ciptaan kami, sampai aku lupa, x ada satu pon yang berlaku dalam dunia ni tanpa pengetahuan tuhan..aku lupa yang tu sampai la kini bila sedikit demi sedikit aku disentak dengan perbuatan aku menyakitkan hati wanita lain..

Aku kacau rumah tangga orang yang asalnya pernah beri harapan kat aku, lepas dia kawin, masih lagi berhubung, masih lagi berharap, tapi aku sedar x lama lepas tu. & dia pun mula sedar tanggung jawap dia sebagai suami & kami bawa haluan masing2, sesekali masih berhubung sampai la dia dapat ank perempuan & kami terus lost contact

Tapi untuk 2-3 bulan ( selepas dia berkahwin) tu, Allah bagi aku 2 tahun untuk rasa sakit bila ada wanita lain dalam hubungan rumah tangga kami. 2 tahun ok, & aku tak tau sama ada dah berakhir atau belum..mungkin itu yang istri dia pernah rasa ( walaupun masa tu aku yakin istri dia x tau pon pasal aku, tapi bila jadi istri ni, aku percaya pada instinct seorang istri)

Tu kifarah untuk aku kawan..kifarah untuk 2 tahun kamu? Aku x mau tau..

Insan2 yang terbabit dalam hal ni, aku tau..mereka baca blog aku.

Untuk suami orang yang aku kacau hidupnya dulu, sampaikan salam saya pada mem.. mohon mem maafkan saya untuk semua kelakuan saya yang menyinggung hatinya..saya x matang masa tu.. maafkan saya

Untuk awak..akk berusaha untuk maafkan..cuma akk manusia biasa, khilafnya banyak..

Aku cuba pertahankan rumah tangga aku..aku cuba jadi istri terbaik..tapi kalau Allah tetapkan jodoh kami hanya sampai sini..sekurang2 nya aku dah usaha untuk jadi terbaik untuk dia. Aku dah usaha untuk jadi terbaik untuk suami aku..so benchmark yg aku tinggalkan (nauzubillah)  tinggi wehh.. sape yg mgkn ganti tempat aku pepandaila pecahkan...pasal tu hezrein susah nak tinggalkan aku..hahaha ( jgn  Riak wehhh)

Aku syg rumahtangga kami..aku tulis bukan sebab meluahkan kepincangan yg ada didalamnya, aku mengarang untuk kamu tau, hari ini kalau kamu sakitkan hati insan lain, ketahuila, satu hari bahagian kamu akan menyusul..

Monday, July 18, 2016

Geram

Aku nk melepaskan geram di pg hari

Kami dh pindah
So berakhirla episod "rumahku tanpa pintu"
Hezrein dh x tahan dgn suasana rmh tu
Dh teruk sgt dikejekan anai2,
Tkut bgn pg tgk anai dh kejekan patner sebelah, hahaha

Dpt je kunci rmh br, trus pindh brg, dgn hezrein yg demam selsema, dgn ujan lg, kitaorg redah je..janji dpt hdp ngan selesa

Maka disinilah kami, rmh cntk, msh lg tingkat 4 (apela nsb aku asyik kn panjat tangga) cm sewa je mahal, xperla, redha.lgpon mn nk cr rmh murah kat sini, rmh antu mgkn

& kami tgglkan seseorg dirmh lama tu, haha
& dia juga ant punca kami pindah cpt

Sblm pose hari tu, ade member hezrein tumpang rmh, untuk sementara waktu katanya, aku yang masih belum bersalin masa tu pon kata, xperla..biar la dia tumpang, sekejap je pon

Bila dah bersalin, dah kompom dapat maternity leave, aku decide, nak duduk dengan hezrein, tapi disebabkan aku kene berpantang, maka aku pikir lepas raya baru aku gerak ke sana.hezrein pon kata, lepas raya member tu pindah.

Lepas seminggu hezrein cuti raya, aku pon ikut dia balik, tup2, member x pindah lagi, kesabaran aku dah kurang dah, ate..xkan aku nak duk serumah ngan lelaki yang xde kene ngene ngan aku? Kata dalam seminggu dua, ni masuk 2 bulan dah, ape citer?

Tapi kalau namanya bersuamikan hezrein yg lembut hati, maka terpaksala aku berkurung di dalam bilik setiap pagi sampai member tu gerak g koje & time malam, masa member tu dah balik dari koje, tu pon nasib hezrein bawak aku berjalan2 lepas balik koje, takdela aku kebosanan mengadap anai2.

Masuk hari ke3,hezrein ajak duk rumah baru, lega la hati, tu yang sanggup turun naik tingkat 4 berkali2 semata2 nk pindah cepat.nasib barang x banyak mana.

& disebabkan kami dah bayar sewa penuh untuk rumah anai2 tu, maka kami biarkan aje si member tu duk rumah tu sampai hujung bulan.tapi sekali lagi suami aku tu terlampau pengasihan orangnya, maka dia bagi kunci rumah baru kami ni kat member tu, kononnya member nak tumpang barang2 dia dekat rumah ni

& malam tadi, lepas balik dari open house rumah kak azu, kami disurprisekan dengan kewujudan member ni kat rumah baru kami! My god!! Privacy aku cuma bertahan 2 hari je! Mulanya ingat dia datang anta barang je, rupanya dengan badan dia sekali landing dalam rumah aku! Ni punca2 sabar aku menipis ni

So sekarang, aku duk dalam bilik, menaip luahan perasaan ini, sambil tunggu member blah pukul 9.00, tapi ni dh pukul 9.06, dia ade lagi dalam rumah ni, x koje ke weii!!

Adus, time2 gini aku teringat kata mak ilah, nak tolong orang ada hadnya, kalo sampai menyusahkan diri, baik  takyah ditolong. Kita buat baik sangat, nanti orang pijak kepala kita

& sekarang aku rasa mamat ni dah pijak kepala kami

Ke dia takut tido sorang kat rumah tu? Musykil ni

meja mkn


Aku tengah menjalani hari2 sebagai istri secara nyata..hahaha
Dengan kata lain, aku handle rumah, jg mkn minum hezrein, selain dr mengawal perangai dia yg kekadang bole buat aku ilang sabar
X senang wehh
Dh 2 thn setengah aku x buat semua ni, kalo ade pon x smp seminggu, so rs rindu tu dpt membendung ketidaksabaran aku
2 mgg aku melayan kerenah hezrein yg ats sikit dr bdk umur 5 tahun, hahaha
Doakan aku sabar melayan perangai dia seumur hidup ye

Ps/ "sy baru perasan, sronok rupanya buat koje kat meja mkn ni, nnt kita beli lagi satu ye

Mn aku x stress, brp bnyk dia nk letak meja mkn kat dlm rumah?

Saturday, July 2, 2016

Berpantang

Hari ke 24, 20 hr aku kene mengadap seksaan duniawi ni,haha

Serius weh,terseksa sggh aku berpantang ikut versi mak aku ni aka versi org dulu kala,ni pon dia kt bnyk yg aku x amalkan,iskh kot aku ikut versi tulen org dulu kala tu,mau meroyan aku dibuatnya

Nk jln kn cam siput, rambut kn ikat ketat2 ( dh le rmbut aku ceciput) x bole kuar rmh, stokin 24 jam, bengkung 24 jam,bertungku pg ptg (yg ni aku redha sbb aku suke:) ) mkn kn pantang, minum x leh bnyk yada yada yada yg kalo dh nmnyer aku, mmg kompom ade yg aku skip tanpa pengetahuan warden,hahaha

Ade gak bende yg aku x phm sbnrnya,rasionalnya disetiap perbuatan tu (kuar bahasa melayu tinggi aku) & tu yg buat aku terpikir,mn punyer petua la diorg dpt ni

1-potong kuku-aku dh bole solat, tp bila nk potong kuku,mak aku x bg, kemon la, dlm islam mn leh kuku pjg, dh leh solat pon, ape citernyer setiap kali ambk wuduk,muke aku tercalar? Kok lama lagi mau muke aku cam lanun ni

2-x leh menjahit-pon aku x phm, mak aku ckp,mata tu x brp nmpk,karang tercucuk (ke dia ckp nnt mata rabun?aku mls nk dgr sbb rs sggh x logik) gitu gamaknyer sape yg jd tukang jahit tu kn jgk ambk miternity leave, x leh ambk tempahan 44 hr, hbs punca pendapatan gitu

3-x leh jln laju, kene jln kepit-mehhh. Aku rs ni utk org yg kn jahit, bkn org cam aku ni, bayangkan org yg dh sht, tp dipaksa jln selangkah2,mau x pitam dibuatnya,

4-x bole mengemas- aku dh sht, hr nk ry,tggl ngan mak yg x sht, adik beradik x blk smp mlm ry, so rasa2?

5-" skrg ko x rs, ko tgg dh tua nnt br ko  rs bdn ko skit"- dan setiap org yg keluarkan ayt ni adalah org tua yg sentiasa sakit, ke makcik2 ni nk bgtau aku " ko jgn jd mcm acik,acik dulu x pantang, tu yg skit segala sendi smp ke tua"??

6-jgn minum air- kalo kn sembelit? Redha je, asal jgn minum air... iskhhh

Bnyk lg, tp xper la aku pendam je, bnyk sgt melawan pon x elok..hahaha

Ooo cptla hbs seksaan ni, aku nk g koje, nk hdp cam org normal